
HABBATUS SAUDA’ plus GARLIC OI
Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habbatussauda') telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda') ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkam oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.
KAJIAN BERDASARKAN
HADIS SAHIH
Minat kami terhadap pokok buah bunga nagealla sativa (habbatussauda’) diperkenalkan melalui sabda junjungan Nabi Muhammad SAW “ Dalam habbatus sauda’ (nagella sativa) terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali maut “ Riwayat AlBukhari.
Lanjutan daripada hadis ini dalam kitab bertajuk “Medicine of The Prophet” Ibnu Qayyim al-jawziyyah (691H-751H) terdapat 50 kelebihan dan kebaikan bagi mereka yang terus menerus mengamalkannya terutama berkaitan saraf, tekanan darah, pernafasan, pembiakan, penghadaman dan organ-organ dalam badan, buah pinggang, memberi tenaga bagi orang lemah tenaga badan. Memulihkan kulit berjerawat, ekzema, kedut, membaiki tekstur kulit, arthiritis. Memberi kenikmatan menyegarkan badan dari keletihan. Bertindak membantu melancarkan darah, insomnia, kekejangan, mengurangkan kahak. Mengatasi masalah dalam perut dan usus, membantu mengurangkan gula dalam darah, merangsangkan salur pemakanan, meningkatkan metabolisme, menghilangkan angin. Dapat melegakan kembung perut, merangsangkan pancreas, mengurangkan berat badan, melawaskan buang air besar dan kecil, membantu menambahkan susu badan bagi wanita selepas bersalin dan banyak lagi.
( Habbatus-sauda ) ini dapat merangsangkan tubuh badan dan mengimbangi minda, jasad dan semangat dan membantu menghilangkan rasa penat yang tidak bermaya.
BAYI DAN
KANAK-KANAK
Disamping memiliki banyak komponen pemakanan, buah bunga nigella sativa (habbatussaubda') mengandungi karotene yang penting bagi pertumbuhan bayi. Semasa tempoh pembesaran kanak-kanak, buah bunga nigella sativa (habbatussauda') memberi kanak-kanak segala tenaga yang mereka perlukan bagi peringkat kehidupan yang serba aktif ini.
Penggunaan kerap
buah bunga nigella sativa (habbatussauda') yang meningkatkan
keutuhan system imun badan, akan mengurangkan tempoh dan rasa sakit
yang teruk terutama musim sejuk, apabila kanak-kanak lebih mudah
dijangkiti selsema.
ORANG
TUA
Dengan
sumber pemakanan yang kaya dan memberi tenaga dan digabungkan dengan
cirri-ciri menguatkan lagi system imun, buah bunga nigella
sativa (habbatussaubda') merupakan pelengkap kesihatan yang
ideal bagi orang tua.
Buah bunga nigella
sativa (habbatussaubda')kaya dalam nilai pemakanan :
Monosaccharides
( satu molekul gula ) dalam bentuk glukosa, rhamnose, xylose dan
arabinose ditemui dalam jintan hitam.
Buah bunga Nigella
Sativa (habbatussaubda') mengandungi komponen polysaccharide
tidak tepu (linoleic dan asid linolenic ). Asid lemak yang
penting tidak boleh dihasilkan oleh badan itu sendiri dan oleh itu kita
perlu mendapatkannya daripada sumber makanan.
Lima belas asid
amino melengkapkan kandungan protein dalam buah bunga nigella
sativa (habbatussaubda') , termasuk lapan belas daripada
sembilan asid amino penting tidak boleh disentesis dalam badan kita
dalam kuantiti yang mencukupi dan oleh itu perlu diperolehi daripada
pemakanan kita.
Buah bunga Nagella
Sativa ((habbatussaubda')) mengandungi Arginine, yang
penting bagi pertumbuhan bayi.
Analisis kimia
mendedahkan bahawa buah bunga nagella sativa ((habbatussaubda'))
mengandungi karotena, yang apabila diproses oleh hati menjadi
vitamin A, vitamin yang diketahui mempunyai ciri-ciri anti kanser.
Buah bunga nigella
sativa (habbatussaubda') juga merupakan sumber kalsium,
besi, natrium dan kalium. Tubuh badan hanya memerlukan jumlah yang
kecil dan fungsi utama elemen-elemen ini adalah untuk bertindak sebagai
konfaktor penting dalam pelbagai fungsi enzim.
KAJIAN BERDASARKAN
PERUBATAN AYURVEDA
Dalam amalan kesihatan kecantikan Ayurveda, Siddha dan Unani yang
bermaksud sains Kehidupan dalam buku Desheeya tradisional Ayurveda 5000
tahun dulu, hampir kesemua penyediaan iaitu kaluduru (Habbatussauda)
Juga akan kehilangan
keupayaannya untuk melawan toksin, sekaligus menambahkan peluang
untuk dijangkiti penyakit.
UJIAN SAINTIFIK
Menurut keputusan ujiajn ke atas 9 lelaki dan
wanita mengenai serum kolestrol, pemberian pati buah bunga nagella
sativa untuk tempoh 4 minggu telah mengurangkan dengan ketaranya jumlah
paras kolestrol dalam darah dan pecahan LDL, HDL dalam
hypercholestroleamic pesakit.
Tiada perubahan signifikan kepada triglycerides.
Mengurangkan jumlah kolestrol LDL bermakna
mengurangkan risiko penyakit jantung.
MENGGALAKKAN ENZIM
Satu kajian
oleh Agarwhal (1979) menunjukkan bahawa minyak buah bunga nagella sativa
(habbatussaubda') meningkatkan
pengaliran susu bagi ibu-ibu yang menyusui anak dengan susu badan. Satu
penyelidikan oleh Universiti of Colombo (1989), termasuk Sari Biologikal
mendedahkan bahawa keupayaan buah bunga nagella sativa untuk
meningkatkan pengaliran susu ibu boleh dikaitkan dengan kombinasi
bahagian lipid dan struktur hormon yang didapati dalam buah bunga
nagella sativa (habbatussaubda')
Ibnu Sina (
980-1037) dalam menggambarkan habbatussauda’ sebagai “ meransang
tenaga tubuh dan membantu memulihkan keletihan, masih tepat kepada
pengamal kesihatan Tibb hari ini. Nilai –nilai pemakanan yang kaya yang
terkandung di dalam habbatussauda’ seperti yang digariskan oleh analisis
saintifik mengenai habbatussauda’menggambarkannya sebagai sumber
tenaga yang sungguh baik.
Dari
perspektif kesihatan Tibb habbatussauda’ mempunyai keupayaan untuk
mengekal dan memulihkan panas badan. Diet orang barat, kebanyakannya
diperbuat daripada makanan sejuk, ais dlm makanan kita, yugurt, pizza,
keju dan kesemuanyanya mengurangkan haba semulajadi dalam badan kita
yang diperlukan untuk fungsi optimum.
Tibb berpendapat bahawa
punca kebanyakan penyakit adalah disebabkan oleh pengurangan kadar
metabolisma (haba semulajadi). Badan manusia lemah apabila hilang
tenaga
NILAI KUALITI
PEMAKANAN
Indek nilai kualiti
pemakanan habbatussauda’ menunjukkan bahawa bagi setiap 100mg bahan
mentah mengandungi :
- Tenaga 1%
- Protein 1.4%
- Thiamin mg 4.3%
- Riboflavin mg 0.3%
- Pyridoxine mg 1.1%
- Niacin mg 1.2%
- Calcium mg 0.8%
- Iron mg 2.5%
- Kuprum mg 3.9%
- Zinc mg 1.7%
- Phos. Mg 23.%
- Folacin mf 0.7%
KHASIAT BAWANG PUTIH SECARA SAINTIFIK
PENCERNAAN
Bawang putih membantu pencernaan dan menambahkan selera makan.Apabila dimakan mentah, bawang putih meransang perembesan air liur. Ia meluaskan tindakan pepsin (satu enzim yang membantu mencerna protein) dan menaikkan tahap asid hidroklorik di dalam perut. Ia juga meningkatkan perembesan cecair usus dan meluaskan tindakan enzim yang mencerna karbohidrat. Selain itu, bawang putih mengandungi banyak serat diet, vitamin B1, vitamin C dan baunya yang istimewa meransang nafsu makan kebanyakan individu.
PENYAKIT KARDIOVASKULAR
Bawang putih merendahkan tahap lipoprotein yang 'jahat' contohnya LDL, VDL di dalam darah. Ia juga meningkatkan tahap lipoprotein yang baik contohnya HDL di dalam darah dan menyekat pengumpulan darah. Ini bermakna penggunaan bawang putih yang berterusan boleh mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular atau penyakit jantung.
BARAH
Bawang putih menyekat pembahagian dan pertumbuhan sel darah di bahagian seperti kolon, hati, buah pinggang, kulit, esofagus, perut, pundi, buah dada dan serviks. Pati bawang putih boleh mengurangkan ketoksikan siklofosfamida, sejenis ubat yang digunakan dalam rawatan barah.
FUNGSI ORGAN
Apabila bawang putih dimakan
mentah, dialil sulfida membentuk hidrogen sulfida di dalam badan. Ini
dikumuh melalui paru-paru iaitu tempat antibiotik dan tindakan ransangan
berlaku. Melalui saraf spina dan vagus, hidrogen sulfida meransang
pelbagai organ, menggalakkan peredaran darah dan memperbaiki metabolisme.
TAHAP GULA DALAM DARAH
Bawang putih mengawal tahap gula
dalam darah dengan berkesan. Ini amat penting bagi memastikan tiada gula
berlebihan dalam badan. Apabila tahap gula berlebihan dalam tubuh ,
individu tersebut mudah dijangkiti pelbagai penyakit dan penyakit yang
paling digeruni ialah kencing manis.
|