|










| |

MINYAK KELAPA DARA seribu guna menyimpan
seribu rahsia
Pohon kelapa telah dijadikan Tuhan begitu hebat dengan pelbagai fungsi untuk manusia. Setiap bahagian pohon kelapa mempunyai pelbagai kegunaan dari makanan, penjagaan kecantikan hingga kepada perubatan turun temurun. Pohon kelapa telah diiktiraf sebagai suatu pohon yang paling rapat dengan kehidupan manusia seharian.
Sungguhpun demikian, suatu bahagian pohon kelapa seolah-olah dipinggirkan kerana dikhuatirkan membawa mudarat kepada kesihatan manusia. Ianya adalah minyak kelapa. Ini menimbulkan kehairanan bagaimana suatu pohon yang tuhan jadikan begitu mesra guna untuk manusia tetapi minyak nya dikatakan membawa kesan negatif pula.
Jadi apakah sebenarnya minyak kelapa dara? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.
Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara. Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.
Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara, pakar-pakar barat terus mencari
kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas
pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap
sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.
Kajian-kajian
dekad seterusnya telah mendapati bahawa minyak kelapa dara memberi pelbagai
kesan positif seperti berikut:
- Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan
membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
-
Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit
dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.
-
Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara
akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa
lebih bertenaga.
-
Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus,
bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap
maksimum.
-
Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima
tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.
-
Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap.
-
Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian
tubuh badan seseorang.
-
Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem
kekebalan tubuh.
-
Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor
penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.
-
Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan
terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan
jantung.
-
Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan
keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.
Kesan Jangka Panjang Pengambilan
Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.
- Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh
itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi
kandungan kolesterol yang tinggi.
- Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin
sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.
- Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti
oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal
bebas.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi
pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan
jantung.
- Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti
bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
- Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian
sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran
ultra violet.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan
mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
- Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen
anti histamine.
- Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang
kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara
maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma
pathogen.
- Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak
akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.
"Oleh itu bagi kaum muslimin yang berpuasa, sedangkan mereka perlu aktif bekerja pada siangnya dan inginkan masa lebih untuk beribadat pada malam harinya, sangat digalakkan untuk menjadikan Minyak Kelapa Dara sebagai sebahagian dari menu berbuka puasa dan juga menu bersahur mereka agar mereka cukup tenaga dan punya daya tahan serta mampu sentiasa aktif."
Nota : Minyak Kelapa Dara adalah tergolong dalama Medium Change Fatty Asid (MCFA=Asid
Lemak Rantai Sedang)
Mengamalkan Softgel
Minyak Kelapa Dara Muslimah Shop, Menambah Tenaga dan Menyimpannya Lebih Lama.
Makan makanan yang mengandungi MCFA seperti menggunakan bahan bakar oktan tinggi
sebagai bahan bakar kenderaan. Kenderaan akan lebih laju dan lancar serta mampu
mencapai jarak kilometer yang lebih jauh. Begitulah, dengan MCFA, tubuh dapat
bergerak lebih baik kerana mempunyai lebih banyak tenaga dan daya tahan yang
lebih besar. Ini kerana MCFA disalurkan secara lansung ke dalam hati dan diubah
menjadi tenaga, tubuh mendapatkan tambahan tenaga. Oleh kerana MCFA dengan mudah
dapat diserap oleh organ sel penghasil tenaga, maka metabolisme akan meningkat.
Peningkatan energi ini mempunyai pengaruh perangsangan pada seluruh tubuh.
Fakta bahawa MCFA dicerna secara lansung untuk menghasilkan tenaga dan
merangsang metabolisme telah mendorong para atlit untuk menggunakannya sebagai
bahan untuk meningkatkan ketahanan tenaga semasa latihan. Hal ini dapat
dibuktikan melalui kajian terhadap daya tahan fizikal tikus yang di beri MCFA
pada makanan harian dibanding dengan tikus yang tidak di beri MCFA. Kajian ini
dilanjutkan sehingga lebih dari enam minggu. Tikus didorongkan pada ujian daya
tahan renang setiap dua hari. Ditempatkan pada satu takungan air dengan arus
yang tetap. Waktu berenang sebenar sehingga ia keletihan diukur. Didapati pada
pertama kalinya hanya ada sedikit perbedaan diantara tikus yang diberi makan
MCFA dengan yang tidak diberi MCFA. Hari-hari berikutnya mendapati bahawa tikus
yang diberi MCFA mulai mengungguli tikus lainnya dan semakin lebih baik di
sepanjang waktu ujian.
Ujian ini seperti mendemontrasikan bahawa MCFA mempunyai kemampuan meningkatkan
daya tahan dan penampilan latihan, setidak-tidaknya pada tikus.
Satu kajian (analisa) lainnya dengan menggunakan subjek penelitian manusia
mengikut asas penelitian pada haiwan di atas. Dalam penelitian ini di libatkan
atlit berbasikal. Para atlit tersebut dikehendaki minum salah satu dan tiga
minuman iaitu (1) larutan MCFA, (2) minuman olah raga atau (3) kombinasi minuman
olah raga dengan MCFA. Mereka diminta mengayuh basikal mereka pada 70%
kepantasan maksimalnya selama dua jam. Pada akhir ujian mereka mendapati bahwa
atlit berbasikal yang meminum campuran minuman olah raga dengan MCFA
berpenampilan paling baik dalam ujian masa.
MCFA Minyak Kelapa Dara Mampu
Mengawal dan Menyimpan Glikogen
Para pengkaji berpendapat bahawa MCFA memberi sumber tenaga tambahan kepada
atlit, jadi mengeluarkan simpanan glikogen iaitu tenaga yang disimpan di dalam
jaringan otot, akan habis digunakan selama pengendaraan tiga jam. Semakin banyak
glikogen ada di dalam otot semakin besar daya tahan atlit. Maka zat apa saja
yang boleh menyimpan glikogen pada saat memberikan tenaga akan bermanfaat untuk
daya tahan atlit. Dalam satu kajian lanjutan untuk menguji teori pengeluaran
glikogen, para peserta berbasikal pada 60 kekuatan maksimalnya selama 3 jam
dengan meminum salah satu minuman yang diberikan pada kajian sebelumnya. Dengan
mengikuti latihan, kadar glikogen otot diukur dan terbukti sama untuk ketiga
atlitnya. Kesimpulannya adalah MCFA tidak mengeluarkan simpanan glikogen, namun
benar-benar memperbaiki prestasi. Perbaikan dalam penggunaan tidak berhubungan
dengan pengeluaran glikogen dan harus dihubungkan denagn satu mekanisme lainnya.
Hasil dari kajian ini dan lain-lain kajian mendapati miuman olah raga dan
minuman tenaga yang di jual dipasaran juga diperkaya dengan MCFA untuk
memberikan sumber tenaga yang cepat. MCFA yang paling sering digunakan pada
minuman olah raga dan minuman tenaga berada dalam bentuk minyak medium-chain
triglycerides (minyak MCT). Ia biasanya diindikasikan sebagai “MCT” pada label
pembungkusannya. Sehingga kini para atlit dan orang yang sentiasa aktif mencari
kaedah nutrisi, bukan ubat untuk menigkatkan prestasi para atalit mulai mencari
dan menggunakan MCFA yang mudah didapati dari Minyak Kelapa Dara.
Mudah difahami kenapa para atlit tertarik untuk mendapatkan daya tahan dan
tenaga yang lebih besar, namun bagaimaan dengan golongan bukan atlit ?.
Sebenarnya MCFA boleh melakukan hal yang sama. Kalau dimakan secara teratur,
MCFA mampu memberikan peningkatan pada tenaga dan daya aktiviti sehari-hari.
Selain itu disamping menambah kadar tenaga, ada manfaat lain yang sangat penting
bagi yang sentiasa mengambil Minyak Kelapa Dara dalam pemakanan mereka, iaitu
peningkatan angka metabolik yang konsekuensinya akan membantu melindungi dari
penyakit dan mempercepat penyembuhan. Hal ini kerana pada saat metabolisma
ditingkatkan, sel akan berfungsi lebih efisien. Dalam hal mereka yang terluka,
keadaan ini membantu menyembuhkan luka mereka lebih cepat, sel lama dan sel yang
kena penyakit diganti lebih cepat dan sel muda di kembangkan dengan cepat untuk
menggantikan sel yang usang. Hasilnya sistem kekebalan tubuh akan berfungsi
lebih baik.
Beberapa gangguan kesihatan seperti kegemukan, sakit jantung dan osterosklerosis
lebih mudah terjadi pada orang yang mempunyai metabolisma rendah. Kondisi
kesihatan akan lebih buruk kalau angka metabolisma lebih rendah dibanding
metabolisma normal, kerana sel tidak mampu menyembuhkan dan memperbaiki dirinya
secara cepat. Maka peningkatan angka metabolisma, memberikan peningkatan
perlindungan dari penyakit degeneratif dan penyakit menular, ringkasnya, Minyak
Kelapa Dara mampu mengatasi masalah berikut:
- Meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan.
- meningkat kadar metabolisma badan.
- anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi.
- anti oxida semulajadi.
- meningkat fungsi kelenjar tairoid.
- melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari.
- tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah.
- meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan.
- berupaya menurunkan berat badan.
- meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia.
- membekal sumber tenaga dengan cepat.
- melembab dan melembutkan kulit.
- mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit.
- mengurangkan kesan keracunan makanan.
- membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan.
- menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
- mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung.
- mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi.
- mengurangkan risiko dan kesan kencing manis.
- mengurangkan risiko dan kesan demam.
- mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa.
- mengurangkan risiko dan kesan batuk kering.
- mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung.
- mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air.
| |
|